Sudut Moh Ngeteh, Pejabat IDR
28 September 2018

Perjumpaan kali ini diadakan agak berbeza dengan sebelumnya. Dalam perjumpaan ini, CEO IDR, Dr Mazalan Kamis telah memaklumkan kepada staf tentang peri pentingnya melakukan langkah berjimat cermat mengambil kira kedudukan kewangan negeri yang memberi impak secara langsung kepada IDR.

Menurut beliau, langkah penjimatan kerajaan negeri telah menyebabkan peruntukkan kepada IDR berkurangan dan ia memberi kesan kepada operasi keseluruhan IDR. Langkah penjimatan secara drastik terpaksa dipertimbangkan secara serius mengambil kira kedudukan kewangan IDR yang terjejas terutamanya hal berkaitan penggajian.

Dr Mazalan membayangkan kepada staf langkah penjimatan yang perlu diambil IDR.

Staf telah dipecahkan kepada tiga kumpulan dengan masing-masing diminta untuk berbincang bagi mencari idea bagaimana untuk memastikan IDR dapat mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan sampingan.

Setiap kumpulan telah memberikan pelbagai cadangan yang tersendiri. Antaranya termasuklah meminimumkan penggunaan ruang pejabat, skim bekerja yang lebih fleksibel berdasarkan waktu kerja dan memindahkan staf ke organisasi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain.

Di penghujung perjumpaan, Dr Mazalan berkata semua yang dicadangkan akan dipertimbangkan. Beliau berharap semua staf untuk lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.