Sudut Moh Ngeteh, Institut Darul Ridzuan
26 Jun 2018

IDR telah menerima kedatangan delegasi pelajar pasca-ijazah Universiti Guanxi dari China yang dibawakan oleh Universiti Tunku Abdul Rahman kampus Kampar. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengenali dengan lebih dekat IDR dan fungsinya sebagai badan pemikir kerajaan negeri.

Dalam kesibukannya sebagai Exco Belia, Sukan dan Pembangunn Insan, YB Howard Lee sempat meluangkan masa untuk bersama-sama IDR dan para delegasi yang datang melawat dalam satu sesi dialog. Howard mengalualukan kedatangan mereka ke negeri Perak sebagai sebahagian daripada lawatan sambil belajar yang berlangsung selama 2 minggu.

Dalam ucapannya, Howard berharap agar lawatan ini akan membuka laluan kepada hubungan yang lebih erat dan pertukaran idea di anatar kedua-dua pihak. Beliau menyeru para delegasi untuk mengambil peluang ini untuk menambahkan kenalan dan melebarkan jaringan rakan strategik.

Howard sempat menjawab beberapa pertanyaan dalam sesi dialog tersebut. Delegasi kemudiannya diberikan taklimat mengenai IDR dan dibawa melawat ke seluruh ruang pejabat sebelum pulang ke hotel penginapan mereka.