Pejabat IDR
12 September 2018

Sekumpulan pelajar daripada pelbagai fakulti di Universiti Kuala Syiah, Indonesia telah mengadakan lawatan ke IDR sebagai sebahagian daripada siri lawatan ke Malaysia. Para pelajar telah diberikan taklimat tentang latar belakang IDR dan peranan yang dimainkannya.

Dalam sesi taklimat yang diadakan, pelbagai persoalan telah diajukan oleh para pelajar yang sangat berminat untuk mengetahui tentang fungsi badan pemikir. Ada yang pada awalnya menyangka IDR adalah satu institusi pendidikan tinggi.

Delegasi melihat koleksi penerbitan IDR.

Mereka kemudian dibawa untuk meninjau dan beramah mesra dengan staf IDR di setiap jabatan. Pada kesempatan yang ada, rata-rata para pelajar telah mengambil peluang untuk belajar tentang kehidupan sebagai pekerja di badan pemikir.

Sebelum pulang, kumpulan pelajar dari Indonesia ini dijamu dengan hidangan makan tengah hari dan sesi foto secara berkumpulan.

Berswafoto secara berkumpulan sebelum pulang.