Hotel Istana, Kuala Lumpur
9 September 2018

Sempena penganjuran Persidangan Pengurusan & Kepimpinan Dinamik (PPKD) 2018, CEO IDR Dr Mazalan Kamis telah dijemput sebagai salah seorang penceramah bagi menyampaikan topik berkaitan definisi dan mempertahankan kepimpinan abad ke-21. Dr Mazalan telah menyampaikan ceramahnya selama sejam di hadapan hadirin yang dianggarkan seramai empat puluh orang.

PPKD 2018 memfokuskan kepada cabaran global dan trend dalam memacu strategi persekitaran dinamik kerja. Persidangan ini dianjurkan oleh Comfori Sdn Bhd yang merupakan konsultan latihan korporat. Peserta yang hadir terdiri daripada wakil sektor awam, swasta dan badan bukan kerajaan.

Dr Mazalan mengupas cabaran kepimpinan masa kini.

Dalam ucapannya, Dr Mazalan membincangkan tentang trend masa depan dan cabaran yang perlu kita harungi. Salah satunya adalah tentang generasi muda yang berdepan dengan pelbagai isu dan permasalahan yang semakin kompleks. Menurut beliau, generasi muda pada hari ini sangat berbeza berbanding sebelumnya dan ini banyak disumbangkan oleh faktor perkembangan teknologi dan inovasi.

Sesi kemudian diteruskan dengan soaljawab.Dr Mazalan sempat berkongsi tentang kisah kejayaan IDR sebagai contoh dan model bagaimana sebagai ketua atau CEO dalam mendepani dan menangani staf yang kebanyakkannya terdiri daripada generasi muda.