Pejabat IDR
12 September 2018

Hj Zainuddin menyampaikan sedikit cenderahati kepada Dr Mazalan.

IDR yang diwakili oleh Dr Mazalan Kamis, CEO dan Ahmad Fahmy Tajudin, pegawai khas telah berkunjung ke Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumental, Universiti Kebangsaan Malaysia (CRIM-UKM) di atas jemputan oleh Timbalan Pengarah CRIMUKM, Prof Datin Dr Ruzy Suliza Hashim. Namun atas atas sebab yang tidak dapat dielakkan, Prof Datin Dr Ruzy tidak dapat hadir dan beliau diwakili oleh Ketua Pentadbiran, Hj Zainudin Mohd Daud.

Pada kesempatan yang ada, Dr Mazalan telah menerangkan latar belakang dan peranan IDR sebagai badan pemikir kerajaan negeri Perak. Beliau juga menyentuh mengenai kerjasama IDR-UKM yang telah lama dijalinkan melalui penyelidikan dan penganjuran Dialog Pangkor. Video korporat IDR turut ditayangkan untuk memberi gambaran lebih jelas apa yang dilakukan oleh IDR.

Hj Zainuddin kemudian bercerita mengenai persidangan UKM Integrated International Conference (UKM-IIC) anjuran CRIM-UKM yang bakal diadakan pada 13 November. Ianya merupakan persidangan antarabangsa yang memaparkan pelbagai bidang penyelidikan. Pada tahun lalu, seramai 1,500 peserta telah hadir yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, swasta, usahawan dan universiti.

CRIM-UKM bercadang untuk menjemput Dr Mazalan sebagai salah seorang penceramah. Menurut Hj Zainuddin, tema persidangan adalah ‘Inclusivity and Sustainability in the Era of Fourth Digital Revolution’. Secara dasaranya Dr Mazalan telah bersetuju untuk menjadi penceramah.

Pihak CRIM-UKM akan berhubung semula dengan pihak IDR selepas ini. Bagi pihak IDR, Dr Mazalan mengucapkan terima kasih di atas jemputan tersebut.

Dr Mazalan berterima kasih kepada CRIM-UKM di atas jemputan ke persidangan UKM-IIC.