Pejabat IDR
21 September 2018

Sesi wacana intelek IDR kali ini menampilkan Professor Hirokazu Tajima daripada Universiti Tokyo Keizi yang berkongsi pengalaman dan pengetahuannya dalam bidang pengurusan data. Hadirin yang datang mendengar ceramahnya terdiri daripada staf IDR dan beberapa wakil agensi kerajaan.

Prof Tajima menerangkan tentang aplikasi data raya dalam aspek pemasaran. Menurut beliau, pengumpulan data atau maklumat pengguna secara berkala dapat membantu memahami pola tingkah laku pengguna.

Ia memberi ruang kepada para peniaga untuk membuat jangkaan tentang kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku jika sesuatu perkara terjadi. Ini secara tidak langsung memberikan mereka lebih masa untuk bersedia terhadap sebarang kemungkinan.

Prof Tajima bakal memberikan ucaptama pada persidangan 9th International Management and Accounting Conference di Kuala Lumpur pada November. Persidangan ini dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.

Prof Tajima kemudiannya dibawa meninjau ke seluruh ruang pejabat IDR. Beliau turut diberi penerangan berkaitan fungsi dan peranan setiap unit di IDR. Beliau menghargai jemputan untuk menyampaikan wacana dan berbesar hati untuk bekerjasama bersama IDR pada masa akan datang.